Friday, 10 June 2011

rasa hati

aku rasa cerita aku mungkin berakhir di sini ataupun aku hanya memerlukan masa lagi...bukan aku lupa tapi ada konflik dalaman yang melanda..
yang penting aku tahu bagai nya rasa gumbira bersama tercinta..gumbira itu hanya lah sementara dan
mungkin hanya lah satu perasaan yang bagi aku hanya dia buat aku tersenyum luas..aku mungkin mudah terasa yelah bagi mudah cemburu tapi itulah yang aku rasa sekarang ni bila melihat dia walaupun maseh di dalam dunia cyber.aku mungkin akan teringat waktu aku bersama dia.benda yang aku mungkin tidaklupa hari jadi dia dan waktu di hari jadi aku..waktu harijadi dia,aku melancong ke kedah..weee..waktu itu aku hanya ada 500 dan duit itu hasil kumpul+duit gunting rambut+elaun aku sedikit+wang saku = pelaburan sangat berharga..aku gerak dari tempat belajar aku ke setesen bas di seremban dan aku mnunggu bas aku pukol 1030 malam..
sepanjang waktu itu aku membeli kad untuk menulis sedikit tentang dia.perjalanan aku mengambil masa dalam 7 jam di atas bus double decker.firstime beb aku naik bus double decker lepastu aku duduk kat atas lak tuh.seumpah aku pening..aku tiba di stesen bas kedah di aloq setaq about 5 pagi..macam orang gila aku duduk kat tempat firstime seumur hidup aku datang..aku tengok suasana pagi di kedah,observe orang2 kat sana walaupun ada dalam 8 9 orang aje.huhuhuh..jam 8 pagi aku mnunggu juga sehingga lah si dia datang..segala penat lelah aku berubah menjadi satu perasaan yang tak mampu aku kata kan.sakit pinggang aku baring kat kerusi serta merta hilang beb.hehehe.dia bagi aku macam ubat tahan sakit atau painkiller..haha..kami duduk sebentar di kerusi berbincang nak ke mana..setelah berfikir aku naik teksi terus mencari mcd yang ada dan kami bersarapan di situ..aku order sosej mcmuffin same dgn dia tapi abang cashier tu tak dengar suara aku.shit..dia cakap
"awak tu cakap slow mana lah dia nak dengar,jgn marah2"
"tadelah orang dah order kot"
"hehehe" dia ketawe kecil

aku ni meme lah tak suke sangat nak pergi and order bagai nih.selalu nya aku akan mengelat mungkin aku akan cakap dialog mengelat aku
"sayang,i pegi toilet jap atau pun i nak gi basuh tangan dulu ok"
tapi dialog mengelat aku dah di sedari oleh dia,hahaha..so aku dah tak boleh mengelat..hehehe..
makanan dah dapat so aku sarapan..that time lah aku bagi dia present..purse roxy yang dia idam sangat.
salah satu benda buat aku paling gumbira aku lihat si dia tersenyum lebar sehingga nampak taring comel nya.
benda itu tiada tandingan dengan apa apa pun dekat dunia bagi aku lah ..
kami berjalan pusing2 sekejap den masuk ke mall yang baru bukak den kami tengok wayang..
tengah hari kami di secret resipi..makanan feveret dia juga kat sane.that time aku duduk amek2 gambo nak melaram sikit.aku pergi ke kaunter dan aku pesan
"bang,t jgn lupa taru lilin sikit bang boleh"
"boleh boleh"
"orite bang ,terima kasih"(loghat utara)

hahaha,aku duduk sane tetibe essence penang aku boleh plak terkeluaq.hehehe
den makanan sampai dan cake slice cokelat indulgence pun tiba dengan lilin 3 btg..abang itu menyala kan api nya dan si dia tersenyum sangat lebar.sekali lagi aku ternampak taring comel dia..aku menyanyi lagu selamat hari jadi dan kami makan2 minum2.lepas tu aku travel ke mana2 tempat di kedah,jitra la apa la.kedah ok jugak tenang pun ada..cool lah..banyak pembagunan dah.tapi pengalaman aku ni aku akan sentiasa menjadi ingatan aku yang tak dapat aku lupakan..si dia sangat istemewa dalam hidup aku..dan aku pulang ke stesen bas tnggu bas pukol 1130 ..aku duduk sorang2 dari jam 6 petang sehingga bas tiba..sekali lagi aku perhatikan
gelagat2 orang yang macam2 aku jumpa..pengembaraan gumbira..

waktu besday aku aku  travell ke perak pulak tiba dalam pukul 3 pagi,macam biasa aku lakukan cari tempat bermalam di bangku paling selesa..tapi pagi tu aku di kacau pak cik lembut,banagan tol..hehehe..aku tunggu jalan2 shopping tengok wayang dan aku makan di johnnys..si dia nak sangat..hehehe..waktu dekat johnny tu aku dapat kad sebesar dia..hehehe,,sangat besar dan aku terus mengalir air mata gumbira plus sedih..waktu itu aku speechless..aku terkaku.aku lihat gambar aku travel untuk jumpa dia di perak,kedah ,lcct semua lah.aku menangis gumbira..dan aku sedih sebab tetibe hati aku kata kad ni mungkin akan untuk kau menjadi ingatan..aku takut dan aku mendiam kan diri..aku ni mempunya perasaan instinct yang sangat kuat dan mungkin boleh membaca next step dengan taklah seratus peratus tepat tapi selalu nya memang betul instinct aku..aku jadi gumbira tapi bebrbaur sedih berat dalam hati aku..waktu itu sangat bermakna.terima kasih sayang.
waktu itu aku sngat gumbira dan anyak lepak bersama..

3 minggu selepas itu ada konflik dan kami berpisah tempat 2 minggu sebelum final exam aku..
aku sedih




tapi pengalaman ini banayak mengajar aku dan untuk aku kenal si dia..terima kasih sayang atas semua gumbira dalam bercinta ni.. :)

lagu pertamaaku dedicate dan ayat power dia




Jangan kau bimbang sayang
di mana ku berada
dengan siapa ku bersama
jangan bimbang
ku tetap kau yang punya


ayat power dia lagi


peduli, kita dah semuanya bersama
dah senang bersama, dah susah pun bersama
ketawa bersama, menangis bersama
kubersumpah harap kita mati pun bersama
ke akhirnya



ini lah aku rasakan untuk si dia sejak pertama aku jatuh cinta dengan nya.......



No comments:

Post a Comment